Ortografik

Apa itu lukisan ortografik???

- Assalamualaikum dan salm sejahtera...
Tahukah anda apa itu lukisan ortografik?? Melalui tutorial ini, kami akan terangkan kepada anda tentang lukisan ortografik..Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti tutorial kami....>_<


-Ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tetap kepada satah paparan. Tujuan lukisan unjuran ini adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Terdapat dua jenis unjuran ortografik iaitu pandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga


Jenis-jenis Unjuran Ortografik

Terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  i) Unjuran sudut pertama
 ii) Unjuran sudut ketiga

  1)  Unjuran sudut pertama
   
          Satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya tersendiri sesuai dengan peranannya. kesemua satah ini bertemu antara dengan lain pada sudut tepat. Rajah di bawah  menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu

      Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek ini dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian-bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C (sebelah kiri objek). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.

Kedudukan satah dalam sudut pertama

2)  Unjuran sudut ketiga

        Unjuran sudut ketiga dikenali sebagai unjuran Amerika. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lut cahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan di unjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti rajah di bawah

 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga

       Apabila lipatan pada satah, setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil, seperti rajah di bawa

 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan

Konsep unjuran ortografik

Unjuran ortografik berdasarkan 3 konsep utama iaitu :

i) Si pemandang (Arah pemandangan)

   Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandangan ortografik yang dihasilkan dengan                     mengunjurkan garisan-garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan seperti dalam rajah di bawah.

 Pandangan hadapan

 Mengikut konsep unjuran , tiap-tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran . oleh itu, jika satu satah unjuran mengufuk diletakkan diatas objek , satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. pandangan ini dinamakanpandangan atas, seperti dalam rajah di bawah.

Pandangan hadapan dan pandangan atas

 Satu lagi arah pandangan yang diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek iaitu pandangan sisi kanan, seperti dalam rajah di bawah.

Pandangan atas, hadapan dan sisi

 Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak didalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh di anggap sebagai satah unjuran. Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, keenam-enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah di bawah.

Pandangan utama ortografik

ii) Satah unjuran

     Konsep ortografik menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama ialah terdiri daripada dua jenis iaitu, satah tegak dan satah satah mengufuk. Persilangan antara unjuran ini menghasilkan empat sukuan seperti dalam rajah di bawah.

 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik

iii) Objek (Benda yang dilukis)

      Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga.Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti dalam rajah di bawah

Contoh objek



Jenis-jenis pandangan unjuran ortografik

i) Pelan

    Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pemandangan yang dapat menunjukkan bentuk-bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi tetapi kelazimannya arah pemandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek seperti rajah di bawah.

Pandangan arah pelan

ii) Hadapan
     
     Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu seperti dalam rajah di bawah. Pemilihan arah ini juga mengambil kiraarah yang boleh menampakkan bahagian-bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian-bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.

Pandangan arah hadapan

iii) Sisi
   
      Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah di bawah.


 Pandangan arah sisi


Lukisan Idea

Sebelum memulakan sebarang rekabentuk, perkara pertama yang perlu direka ialah~LUKISAN. Lukisan membantu memperlihatkan idea ke dalam bentuk yang nyata. Melahirkan idea dalam bentuk lukisan di atas kertas adalah lebih mudah ,cepat dan kosnya adalah lebih murah. Disamping itu tidak memerlukan ruang yang terlalu khas. Dengan hanya menggunakan sehelai kertas ataupun apa-apa software, lukisan digunakan untuk menunjukkan idea, menilai dan menambahbaikkan idea.


                      


Sebuah lukisan idea akan menampil ciri-ciri seperti :
·         Bentuk
·         Dimensi dan ukuran
·         Pernyataan bahan
·         Perkembangan idea
·         Tarikh

Lukisan idea boleh dipersembahkan dalam tiga bentuk lukisan
·         Lukisan 2 dimensi - Ortografik dan Hamparan (bentangan)
·         Lukisan 3 dimensi - Oblik  ,  Isometrik dan Keratan.
·         Lukisan Prespektif - Prespektif satu titik dan prespektif dua titik
 

Namun, tutorial ini lebih menitiberatkan lukisan unjuran ortografik sahaja:)



Disini kami sertakan latihan amali untuk memantapkan lagi pemahaman anda mengenai lukisan ortografik ini..selamat mencuba...segala masalah bolehlah komen di bawah..insyALLAH kami tolong..


Latihan Amali

Soalan 1



Pada skala yang penuh, lukiskan unjuran – unjuran ortografik bagi pepejal di sebelah yang:
        Selari dengan satah menegak PQ  seperti yang diperhatikan dari X;
        Selari dengan satah menegak QR  seperti yang diperhatikan dari Y;
        Selari dengan satah mendatar PQRS.


Soalan 2


Bagi setiap rajah di sebelah, lukiskan pada skala penuh unjuran – unjuran ortografik bagi objek yang diberi berikut selari dengan satah:
  • Menegak
  • Mendatar

Soalan 3


Bagi setiap rajah di sebelah, lukiskan pada skala penuh unjuran – unjuran ortografik bagi objek yang diberi berikut selari dengan satah :
  • Menegak
  • Mendatar


Soalan 4

Kaji rajah di sebelah dengan teliti. Pada  skala penuh, lukiskan unjuran ortografik bagi objek di bawah agar selari dengan:
        Satah AB seperti yang diperhatikan dari  X
        Satah BG seperti yang diperhatikan dari Y
        Satah mendatar ABGF.




Soalan 5



Kaji rajah di bawah dengan teliti. Pada skala penuh, lukiskan unjuran ortografik bagi objek di bawah agar selari dengan:
        Satah menegak AB seperti yang  diperhatikan dari X
        Satah menegak AD seperti yang diperhatikan dari Y
        Satah mendatar ABCD.


Diharap tutorial dapat mambantu anda.. selamat mencuba :)