Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tahukah anda apa itu lukisan oblik? Disini saya akan menerangan mengenai lukisan oblik...Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita sama-sama pelajarinya...
Apa itu lukisan oblik??
Lukisan oblik merupakan satu lagi kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan. Lukisan oblik mempunyai banyak persamaan dengan lukisan isometri kerana imej yang dilukis adalah dalam bentuk tiga dimensi. Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan dua permukaan yang condong berdasarkan kepada sudut kecondongan objek.
Masih keliru?? Ok..disini saya akan menunjukkan perbezaan di antara lukisan oblik dan lukisan isometri..
Lukisan oblik | Lukisan isometri |
- 1 paksi mendatar - 1 paksi menegak - 1 paksi sorot bersudut 30◦,45◦ atau 60◦ dari paksi mendatar Paksi sudut 45◦ | - 1 paksi menegak - 2 paksi lain di kiri dan kanan bersudut 30◦ dari paksi mendatar. Paksi sudut 30◦ |
Secara umumnya terdapat 3 jenis lukisan oblik iaitu:
1) 1. Oblik kavalier (saiz penuh)
2) 2. Oblik kabinet (1/2 dari saiz penuh)
3) 3. Oblik am (3/4 dari saiz penuh)
Jenis-jenis lukisan oblik.
1) Kavalier
- Ketiga-tiga paksi menggunakan skala yang sama
- Sudut yang biasa digunakan adalah 30◦, 45◦, 60◦
2) Kabinet
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja.
- Ukuran pada paksi surut adalah ½ dari skala penuh
3) Am
- Ukuran sebenar digunakan pada paksi menegak dan mengufuk sahaja
- Ukuran pada paksi surut adalah ¾ dari skala penuh.
- Ia jarang digunakan.
Perbezaan posisi paksi surut akan mempengaruhi bentuk objek. Jom kita lihat perbezaan ini dalam gambar di bawah.
Ok...Seterusnya saya akan tunjukkan kaedah melukis lukisan oblik..
Kaedah- kaedah melukis lukisan oblik kavalier dan kabinet
1. 1) Kaedah melukis lukisan oblik kavalier
Dh siap...mudah je kan??...^_^
Seterusnya, kita akan belajar kaedah melukis lukisan oblik kabinet pula..
1.
2) Kaedah melukis lukisan oblik kabinet
Ok..anda dah faham? Nampak cam faham je...hehe..kalau dah faham, saya akan tunjukkan anda satu lagi kaedah dalam lukisan oblik ini iaitu kaedah melukis bulatan.
1. 3 ) Melukis bulatan atau lengkuk pada lukisan oblik
Dalam lukisan oblik, bongkah boleh dilukis pada sudut dan kedudukan yang bebas mengikut kesesuaian. Oleh yang demikian digalakkan pelajar meletakkan permukaan bulatan atau lengkuk pada bahagian hadapan objek (bahagian yang selari dengan satah mengufuk). Ini adalah kerana sekiranya berada pada kedudukan sisi objek, bulatan akan keliahatan seperti elips dan memerlukan kaedah melukis yang khas.
Bulatan pada satah oblik
Kedudukan yang tepat
Kedudukan kurang tepat
Kedudukan yang tepat
Kedudukan yang kurang tepat
Done..!!.. macam mane? boleh buat? senang je kan.. ok setakat ini sahaja tutorial kita pada kali ini.. apa-apa pertanyaan boleh la tanya kat bawah ni.. lembutkan tangan selalu dengan melukis.. practise makes perfect... hehe..^_^
Video lukisan oblik am
Video tutorial
Video lukisan oblik am
Video lukisan kabinet
Video lukisan oblik kavalier
Video lukisan oblik kavalier
# sumber youtube