Isometri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah syukur,kami berkesempatan lagi untuk meneruskan tutorial kali ini. Pada kali ini, kita akan belajar tentang lukisan isometri...Jom kita ikuti tutorial ini....



 Apa Itu Lukisan Isometri??

Lukisan Isometri ialah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk sesuatu objek dalam bentuk lukisan tiga dimensi. Isometri berbeza dengan ortografik kerana ia menunjukkan  sesuatu lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D). Manakala, ortografik pula menunjukkan lukisan dalam bentuk dua dimensi (2D) sahaja.


Paksi Isometri

Paksi isometri ialah kedudukan dimana bongkah isometri akan dilukis. Paksi isometri secara asasnya melibatkan panjang, lebar dan kedalaman.

Kedudukan paksi isometri

Kaedah melukis lukisan isometri

Langkah 1 :

Pemilihan paksi isometri sama ada paksi lazim, terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan kepada kedudukan objek yang akan dilukis iaitu dari arah atas, bawah, sisi atau sebagainya. Kedudukan objek yang hendak dilukis pula perlu dipastikan supaya bersesuaian dengan ruangan di kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi.

Paksi-paksi isometri


Langkah 2 :

Panjangkan garisan paksi isometri yang telah dilukis. Dengan merujuk kepada lukisan ortografik objek yang akan dilukis, tandakan ukuran tinggi, lebar dan panjang yang terbesar bagi objek tersebut di atas garisan paksi isometri.



Pemindahan ukuran pada paksi isometri

Langkah 3 :

Cantumkan ukuran-ukuran yang telah ditandakan dengan garisan lurus sehingga terbentuk kotak asas. Sebelum itu, perlu diingat bahawa garisan yang digunakan untuk membina kotak asas ini hanyalah garisan binaan.



Kotak asas isometri

Langkah 4 :

Lukiskan pandangan hadapan objek itu (bersumberkan unjuran ortografik) pada bahagian hadapan kotak asas, pandangan sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan pada bahagian atas kotak. Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak asas tersebut ke bawah dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek yang dikehendaki.


Langkah 5 :

Kedudukan paksi isometri yang hendak digunakan bergantung pada kedudukan asal (lazim) objek itu. Sebagai contoh, objek yang terletak tinggi akan dilihat dari arah bawah dan ini bererti paksi isometri yang digunakan ialah paksi terbalik. Sementara objek yang berada di bawah paras mata akan dilihat dari arah atas dan objek ini akan dilukis dengan menggunakan paksi lazim. Contohnya penggunaan paksi-paksi isometri adalah seperti :

Jenis- jenis paksi isometri

Langkah 6 :


Garisan tersembunyi tidak perlu dilukis dalam lukisan isometri kecuali sekiranya diperlukan untuk menjelaskan bahagian-bahagian yang rumit yang tidak dapat ditunjukkan walaupun dengan mengubah kedudukannya.




Garisan tersembunyi dalam lukisan isometri

Langkah 7 :


Sudut atau ukuran panjang pada garisan tak isometri (garisan yang tidak selari dengan paksi isometri ) yang ditunjukkan pada lukisan ortografik tidak boleh dipindahkan secara terus ke dalam lukisan isometri. Pemindahan ukuran panjang atau sudut tak isometri ini perlu dilakukan menggunakan kaedah offset atau pemindahan secara keratin bersiri.



Kaedah offset untuk melukis garisan tak isometri

Langkah 8 :


Lengkuk dan bulatan pada lukisan isometri juga dilukis secara ofset atau keratin bersiri.

Kaedah keratan bersiri (pemindahan titik) untuk melukis lengkuk pada lukisan isometri

  
Ok..disini saja tutorial kita pada kali ini. Diharap tutorial ini akan membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang lukisan isometri..Segala pertanyaan boleh la komen di bawah…insya-Allah kami jawab…. ^_^




Di sini kami sediakan soalan untuk anda memantapkan lagi pemamahan mengenai lukisan isometri..Cuba tau...



1. Berdasarkan gambar rajah di bawah, lukiskan objek dalam bentuk isometri